Hari Terbuka Gawai PI Serasot 2015
24 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniHari terbuka Gawai PI Serasot 2015 telah diadakan pada 23 Mei 2015 bertempat di PI Serasot dan Dewan Serbaguna Kpg. Serasot dan telah mencatatkan kehadiran sebanyak 80 orang hadirin dari komuniti Kpg. Serasot. Antara yang turut sama-sama hadir pada kali ini adalah para petugas dari PI Krokong, PI Sibuluh, dan PI Skio untuk menjayakan hari terbuka PI Serasot dan juga En. Nyohid Ak. Jamong, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kpg. Serasot. Tujuan hari terbuka gawai diadakan untuk Memeriahkan suasana sambutan perayaan Gawai di peringkat Kpg. Serasot di samping mempromosi aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dianjurkan oleh PI Serasot. Hari Terbuka Gawai PI Serasot 2015 telah diserikan dengan persembahan-persembahan dari murid-murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot, ahli-ahli Kumpulan Zumba Kpg. Serasot, dan pelajar-pelajar Kelas Dewasa Kpg. Serasot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: